MENU

18 Januari 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh  telah melancarkan platform khas aduan pothole MBI pagi tadi di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh. Ia turut dihadiri oleh AhliMajlis, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Platform khas aduan pothole tersebut akan menggunakan aplikasi WhatsApp 017-4122113, URL shorturl.at/aekxT atau QR Code yang dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh untuk kemudahan wargakota Ipoh.

Pihak MBI telah menyediakan maklumat-maklumat dan tatacara penggunaan aplikasi berkenaan untuk membantu warga Ipoh bagi menyalurkan aduan.

Aplikasi ini boleh dilayari mulai 18 Januari 2021.

Wargakota Ipoh  boleh melayari Laman Sesawang, Facebook, Instagram dan Twitter milik Majlis Bandaraya Ipoh untuk menggunakan aplikasi ini.

Dalam tempoh 2 minggu, Majlis Bandaraya Ipoh akan memantau keberkesanan aplikasi ini dan akan membuat penambahbaikan selepas mendapat respon dari wargakota Ipoh.

Saya berharap warga Ipoh dapat menjadi mata dan telinga bagi membantu Majlis Bandaraya Ipoh untuk mengenalpasti  kawasan pothole dengan disertakan maklumat lokasi yang tepat dan sahih dan seterusnya menyelesaikan masalah aduan ini dengan cepat dan berkesan.

<<< MAKLUMAT ADUAN POTHOLE MBI>>>