MENU

18 Januari 2018- Dato Zamri Man, Datuk Bandar Ipoh turun padang sendiri bertemu anggota MBI di lapangan untuk melihat keadaan mereka menjalankan tugas rutin serta memberikan minuman kepada mereka.

Anggota pembersihan MBI di Bercham amat teruja dan terharu kerana Datuk Bandar Dato Zamri Man telah melawat mereka pada pagi tadi.

Ini kerana bagi Dato Zamri, kejayaan yang menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Terbersih di Malaysia dan MBI sebagai PBT Terbaik di Malaysia adalah kerjasama berpasukan dari keseluruhan warga MBI.

Pendekatan turun padang ini sentiasa dipraktikkan oleh Dato Zamri Man dalam memastikan MBI memberikan perkhidmatan terbaik kepada wargkota Ipoh dan amat berbangga memiliki anggota yang berdedikasi tinggi dalam menjalankan tugas.

Rata-rata anggota MBI turut memuji amalan turun padang ini kerana ia mendekatkan hubungan antara mereka dengan pemimpin tertinggi MBI serta mendengar terus permasalahan mereka.

Semoga pendekatan turun padang yang sentiasa menjadi amalan beliau untuk mengatasi permasalahan wargakota Ipoh akan terus mengekalkan status Ipoh sebagai Bandaraya Terbersih serta PBT terbaik di Malaysia dan dunia.