MENU

Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran di Majlis Bandaraya Ipoh ini telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu.Pemberian hadiah-hadiah hebat dalam program cabutan beruah ini adalah sebagai  tanda penghargaan dan terima kasih pihak Majlis kepada pembayar-pembayar cukai yang melaksanakan tanggungjawab mereka pada Bandaraya Ipoh.

Bagi tahun 2017, pelbagai Hadiah-Hadiah Cabutan Bertuah yang menarik ditawarkanuntuk dimenangi oleh warga kota yang bertuah kelak. Pada julung kalinya juga menawarkan kereta Proton SAGA model terbaru dari syarikat PROTON sebagai Hadiah Utama yang bakal dimenangi.

Selain dari itu, Majlis juga menawarkan pelbagai hadiah-hadiah menarik berupa motosikal, basikal, perabot-perabot rumah, peralatan elektrik dan perkakasan dapur.

Di antara hadiah-hadiah tersebut adalah:

UNIT

                                  BARANGAN

2 UNIT

MOTOSIKAL MODENAS MR1

2 UNIT

MOTOSIKAL DEMAK EX90

6 UNIT

TV LED PELBAGAI SAIZ (58”, 49”, 43”, 40”)

5 UNIT

BASIKAL PELBAGAI JENIS (MOUNTAIN BIKE, FIXIE)

1 UNIT

SET SOFA 3+2+1

1 UNIT

SET MEJA MAKAN

1 UNIT

MESIN BASUH 14 KG JENAMA TOSHIBA

2 UNIT

MICROWAVE & GRILL

10 UNIT

PERALATAN ELEKTRIK BERJENAMA

 

Majlis juga menyediakan 35,000 unit cenderahati yang berupa ‘Fridge Magnet’ yang menarik kepada wargakota yang membuat pembayaran terawal Bil Cukai Taksiran Tahun 2017. Untuk makluman semua juga Bil Cukai Taksiran Majlis Bandaraya Ipoh bagi tahun 2017 telahpun mula sampai pada warga kota pada 24 November 2016 dan kepada warga kota yang tidak menerima Bil Cukai Taksiran Majlis, boleh hadir ke mana-mana kaunter bayaran Majlis untuk mendapatkan bil dan membuat bayaran awal bagi melayakkan mereka menerima cenderahati yang disediakan.