MENU

3 Ogos 2020-MBI dan Persatuan Kebajikan Islam Majlis Bandaraya Ipoh (PERKIP) tetap mengadakan ibadah korban sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Program yang berlangsung penuh sederhana di perkarangan tempat letak kereta MBI ini melibatkan Ahli Majlis dan anggota dari pelbagai jabatan dalaman MBI.

Program yang bermula sejak jam 8.30 pagi melibatkan 49 peserta korban dan 7 ekor lembu.

Datuk Bandar telah menyempurnakan agihan daging korban tersebut kepada 300 anggota MBI.