MENU

13 Oktober 2019 - Syabas dan tahniah kepada pasukan boling MBI dan Pesara MBI yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam Kejohanan "Ipoh-Moh Kite Boling Piala Datuk Bandar Ipoh Tahun 2019" anjuran Majlis Bandaraya Ipoh.

Mohd Syazlan Isa Sufian, Shamsuri Hamad MBI dan Mohd Sukhaile Mustafa dari pasukan MBI C telah diumumkan sebagai Johan kategori Berpasukan Pegawai, Mohd Aiman Arith dari pasukan MBI B pula telah diumumkan sebagai Johan kategori "Singles Event" dan "Individual All Event-Men", Nor Azlita, Tuan Haji Musa Dun dan Mohd Aiman Arith dari pasukan MBI B telah meraih tempat kedua dalam kategori "Overall Team All Event" dan "Trios Event" manakala Tuan Haji Kamil dan Mohd Azhari dari pasukan Pesara MBI meraih tempat kedua dalam kategori "Doubles Event".

Datuk Bandar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang "Ipoh-Moh Kite Boling Piala Datuk Bandar Ipoh Tahun 2019" sempena Sambutan Ulangtahun Hari Bandaraya Ipoh ke-31 yang telah diadakan dari 11 hingga 13 Oktober 2019 di Ampang Superbowl, Ipoh Parade.

8 kategori dipertandingkan iaitu Single, Double, Trio Berpasukan (Keseluruhan), High Series L/W, High Game L/W, VIP dan Berpasukan Pegawai.

38 pasukan dari Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia termasuk 3 pasukan MBI dan 1 pasukan Pesara MBI telah menyertai kejohahan tersebut.