MENU

KENYATAAN

LANJUTAN TEMPOH PELAWAAN UNTUK PENYEWAAN KANTIN
PERPUSTAKAAN TUN ABD. RAZAK MAJLIS BANDARAYA IPOH
NO. FAIL : MBI.C2/2/6.3/1/09

1.

Permohonan adalah dipelawa daripada pengusaha-pengusaha makanan untuk menyewa Kantin Perpustakaan Tun Abd. Razak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000, Ipoh bagi tempoh 2 tahun iaitu 1 Mei 2018  hingga 30 April 2020 (tertakluk kepada pindaan). 

2.

Syarat-syarat permohonan:

 

(i)

Warganegara Malaysia

 

(ii)

Terbuka kepada syarikat / orang persendirian / pengusaha-pengusaha makanan yang berpengalaman dan bertauliah menyediakan makanan masakan halal serta bersedia untuk:

 

 

  • Menyediakan makananpagi, tengahari dan petang.
  • Menyedia pelbagai menu bagi menepati citarasa pelbagai bangsa adalah diberi keutamaan
  • Mampu beroperasi mulai 7.00 pagi sehingga 4.00 petang berdasarkan menu yang ditetapkan.

 

(iii)

Pengusaha dan pekerja adalah  bumiputra yang beragama Islam

 

(iv)

Mempunyai keupayaan kewangan dan sumber  sediada yang kukuh untuk menjalankan perniagaan secara tunggal (single operator).

3.

Borang permohonan penyewaan  boleh diperolehi di Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 4,  MBI, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown,  Ipoh pada waktu pejabat.

4.

Borang yang lengkap di isi hendaklah dihantar bersama profail  syarikat berserta senarai harga dan menu  yang ditawarkan ke Bahagian Pengurusan Harta yang sepatutnya berakhir pada 15 Ogos 2017 dilanjutkan kepada tarikh pada atau sebelum 15 April 2018.

 

SR ROHAYAH BINTI HAJI ABDUL KADIR
Pengarah Penilaian Bandaraya
bp Datuk Bandar Ipoh

 

>>> LIHAT SYARAT-SYARAT PERMOHONAN<<<