MENU

 

Majlis Bandaraya Ipoh akan melanjutkan tempoh pengurangan kompaun 30%-50% sehingga Hari Malaysia,16 September 2020.

Perinciannya adalah seperti berikut:

Diskaun 50%- Pembayaran di dalam tempoh 7 hari dari tarikh kompaun. Diskaun boleh dinikmati secara automatik dengan cara hadir ke Kaunter Bayaran MBI secara terus dan membuat pembayaran.

Diskaun 40%-Pembayaran kompaun dalam tempoh 15 hari, dan selepas 7 hari dari tarikh kompaun. Diskaun boleh dinikmati secara automatik dengan cara hadir ke Kaunter Bayaran MBI untuk membuat pembayaran kompaun tersebut.

Diskaun 30%-Pembayaran kompaun dalam tempoh 30 hari, dan selepas 15  hari dari tarikh kompaun. Diskaun boleh dinikmati secara automatik dengan cara hadir ke Kaunter Bayaran MBI untuk membuat pembayaran kompaun tersebut.

Bagi kompaun-kompaun yang melebihi 30 hari, pengurangan tersebut hanya boleh didapati di Pejabat Penasihat Undang-Undang, Tingkat 2, Bangunan MBI, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh.

MAJLIS BANDARAYA IPOH