MENU

Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 akan berlangsung dari 11 hingga 22 September 2018.

Venue di Kompleks Sukan MBI seperti Pusat Akuatik, Stadium Perak,  Stadium Indera Mulia, Arena Badminton & Squash serta Stadium Tenis akan digunakan untuk beberapa jenis sukan seperti renang, polo air, badminton dan squash, gimnastik dan gimrama serta tenis.

Sehubungan dengan itu, bagi melancarkan lalulintas serta tidak berlaku masalah berkaitan kesihatan yang serius khususnya kepada para atlit, Jawatankuasa SUKMA Peringkat Daerah Kinta telah menetapkan lokasi sebelah Stadium Indera Mulia sebagai lokasi bagi peniaga yang berminat untuk berniaga dan mereka boleh berhubung terus dengan pihak penganjur iaitu Persatuan IKS Perak.

MBI memohon kerjasama para peniaga agar mematuhi ketetapan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa SUKMA berkaitan lokasi perniagaan di Kompleks Sukan MBI.

MBI amat menghargai kerjasama para peniaga dalam memastikan penganjuran SUKMA Perak 2018 kali ini adalah penganjuran terbaik dalam sejarah SUKMA.

Untuk makluman, MBI turut menyediakan 70 unit gerai di Medan Selera MBI yang baru dinaiktaraf dan pasti menjadi tumpuan pengunjung. MBI yakin dengan adanya kedua-dua lokasi perniagaan ini akan dapat memenuhi keperluan semua yang terlibat dan pengunjung yang hadir ke acara sukan yang bersejarah di Malaysia ini.