MENU
29 Mac 2021-Majlis Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBI 2021 telah diadakan petang tadi di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI, Ipoh.
 
Y.Bhg.Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Y.Bhg Clr. Mahader Ahmad bin Mohammad Ayob, Clr. Tuan Haji Abu Bakar bin Hussian dan Clr. Albert Ho, Ketua WHIP dan Ahli Majlis MBI, Pengarah Kanan, JPP dan media telah mencabut slip cukai taksiran tersebut.
 
Penyertaan Cabutan Bertuah bagi Cukai Taksiran tahun 2021 telahpun berakhir pada 28 Februari 2021 yang lepas. Walaubagaimanapun, tempoh pembayaran cukai taksiran 2021 telah dilanjutkan sehingga 30 April 2021.
 
Pada tahun ini, pihak Majlis telah menawarkan hadiah-hadiah yang menarik berupa wang tunai berjumlah keseluruhan RM 76,000.00 untuk dimenangi oleh wargakota yang bertuah dengan hadiah utama bernilai RM 20,000.00 serta 200 hadiah saguhati. Ini merupakan kali pertama pihak Majlis menawarkan hadiah secara wang tunai.
 
Pihak Majlis juga telah menyediakan 50,000 unit cenderahati menarik iaitu ‘Sampul Tempat Menyimpan Pelitup Muka (Facemask)’ kepada wargakota yang membuat pembayaran awal mulai pertengahan November 2020.
 
Pada tahun ini, terdapat sedikit penurunan pembayaran setahun sebanyak 4.7% berbanding daripada tahun 2020. Pada 2021, sebanyak 141,191 bil yang telah membuat pembayaran setahun berbanding tahun 2020 iaitu 148,174 bil, manakala jumlah bayaran lebihan adalah sebanyak RM 36.45 juta berbanding RM 39.5 juta pada tahun 2020.
 
Pihak Majlis juga telah membuka peluang penyertaan Cabutan Bertuah Cukai Taksiran kepada pembayaran secara atas talian (online) iaitu melalui pembayaran e-bayaran melalui laman sesawang MBI di alamat www.mbi.gov.my, perbankan internet, Jompay dan juga PBTPay. Dianggarkan hampir 29,000 transaksi pembayaran setahun telah berjaya direkodkan.
 
Disamping itu, pihak Majlis juga telah memberikan pengurangan sebanyak 50% kompaun bagi pembayaran melalui sesawang MBI dan juga di aplikasi park@perak.
 
Ini merupakan tanda penghargaan dan terima kasih pihak Majlis kepada pembayar-pembayar cukai yang melaksanakan tanggungjawab mereka pada Bandaraya Ipoh dan juga sebagai sebagai galakkan kepada pembudayaan kehidupan norma baru yang perlu ditempohi oleh wargakota serta keprihatinan pihak Majlis kepada wargakota dalam menghadapi tempoh pandemik ini.
 
Semoga sokongan padu yang berterusan dari wargakota Ipoh kepada Majlis dengan melaksanakan tanggungjawab membuat pembayaran cukai taksiran ini akan merealisasikan hasrat MBI untuk menjadikan Bandaraya Ipoh yang Bersih, Hijau dan Maju.

FB MBI : https://www.facebook.com/MajlisBandarayaIpoh/videos/468317957843820/