MENU
 
19 Mei 2020 - Majlis Penyerahan Barangan Keperluan Harian kepada Pesara MBI Anjuran Persatuan Pesara MBI (PERMAI) telah diadakan pagi tadi di Dewan Mesyuarat MBI.
 
Ia diadakan bagi menjaga kebajikan disamping menghargai jasa pesara MBI dalam membangunkan Bandaraya Ipoh dan meletakkan MBI antara PBT Terbaik di Malaysia.
 
Y.Bhg. Datuk Bandar telah menyampaikan kotak makanan kepada lima wakil pesara MBI, manakala 100 lagi kotak makanan pula diagihkan di pejabat PERMAI di Greentown Square.
 
Ia turut dihadiri oleh Presiden Permai, Dato' Mohamad Rafiai Moktar, Mantan Datuk Bandar Ipoh.