MENU
 
6 Ogos 2020 - YB Dato' Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak telah menyempurnan penyerahan Kunci kiosk E-kasih, kepada 8 orang individu yang terpilih di Bandaraya Ipoh di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI tengahari tadi. Ia turut dihadiri oleh Dato' Rumaizi Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Puan Hajjah Zuraina binti Kamarul Ariff, Setiausaha Bandaraya dan AhliMajlis MBI.
 
MBI telah mewujudkan 40 buah Kiosk E-kasih di lapan lokasi terpilih di Bandaraya Ipoh.
 
Lokasi-lokasi tersebut adalah di Taman Perpaduan, Chemor, Taman Rishah, Buntong, Rapat Setia, Ampang, Pengkalan dan Pekan Razaki.
 
Inisiatif yang akan dijalankan secara berterusan ini mampu mewujudkan komuniti yang aktif dan produktif agar keluar dari kemiskinan bandar.
 
Semoga inisiatif ini akan membantu golongan e kasih keluar dari kepompong kemiskinan seterusnya membantu mengurangkan kadar dan jurang kemiskinan di Bandaraya Ipoh.
 
#MBIDanAnda
#EKasih