MENU

13 Oktober 2019 - Majlis Perasmian Program Perintis Penyerahan Tong Sampah kepada Penduduk Kampung Simee telah dirasmikan oleh YB Wong Kah Woh, Ahli Parlimen Ipoh Timur. Ia turut dihadiri oleh Datuk Bandar dan YB Jenny Choy Tsi Jen, ADUN Canning.

Lebih 700 tong sampah diagihkan secara percuma kepada setiap rumah di kawasan berkenaan yang menggunakan dana yang disalurkan daripada Pejabat Ahli Parlimen Ipoh Timur dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning .

Inisiatif yang mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Ipoh ini turut melibatkan sekitar 100 buah premis kedai di kawasan berkenaan.

Tong sampah untuk setiap rumah berkapasiti 120 liter manakala untuk premis kedai berkapasiti 240 liter.

Program tersebut diharap dapat membantu Majlis Bandaraya Ipoh mewujudkan persekitaran yang bersih serta mendidik rakyat agar menjadikan amalan menjaga kebersihan sebagai suatu budaya seawal dari rumah lagi dan seterusnya melahirkan masyarakat yang menghargai dan mengutamakan kebersihan dan keindahan persekitaran.