MENU

Mulai 3 Jun 2019, Majlis Bandaraya Ipoh akan menutup Jambatan Kampung Tawas.

Ia berikutan jambatan tersebut rosak dan berlubang.

Sebelum kerja-kerja membaiki jambatan berkenaan dijalankan pada 14 Jun 2019, MBI akan menjalankan siasatan dan kajian untuk mengenalpasti kerosakan jambatan tersebut.

Jambatan berkenaan dijangka dibuka semula pada 30 Jun 2019.

Bersama-sama ini juga disertakan rakaman video jambatan tersebut serta laluan alternantif.

MBI memohon maaf atas sebarang kesulitan kepada pengguna jalan raya demi menjaga keselamatan dan memberi keselesaan pada  masa hadapan.

 

Kerosakan laluan jambatan

 

Laluan alternatif