MENU

Majlis Bandaraya bersama Pejabat Daerah Kinta telah mengadakan gotong-royong di Gunung Rapat. Di sepanjang program gotong-royong tersebut, pihak Majlis dan Jabatan Kesihatan Kinta turut menjalankan aktiviti fogging, operasi cari dan musnah tempat-tempat pembiakan, pemeriksaan rumah ke rumah, edaran risalah serta hebahan awam pada 22 Julai 2019.

Sejumlah 32 pemilik lot kosong dan rumah terbiar juga telah diberikan notis yang mana 3 pemilik telah membersihkan lot mereka.

Pada 6 Julai 2019 juga, MBI dan penduduk Taman Ipoh Jaya telah mengadakan program gotong royong membersihkan kawasan di sekitar taman Ipoh jaya.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pembersihan sampah haram, menanggal poster along, mengecat bahu dan pembahagi jalan, mencantas pokok, pembersihan scupper hole dan kaki lima serta pembersihan sekitar kawasan.

Sepanjang tahun lalu, MBI telah membersihkan lebih daripada 40,000 longgokan sampah haram dan melupuskan hampir 200,000 tan sisa domestik.

MBI juga telah menjalankan lebih 100 aktiviti gotong-royong serta memasang lebih daripada 500 papan tanda larangan membuang sampah di seluruh bandar raya.

Program seumpama ini diharap mendapat kerjasama kerjasama yang lebih erat dalam usaha MBI menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya yang Bersih, Hijau dan Maju.