MENU

MBI CATAT SEJARAH... SEMINAR ANTARABANGSA ATAS TALIAN

7 Julai 2020 - MBI mencatat sejarah apabila Puan Zuraina binti Kamarul Ariff, Setiausaha Bandaraya telah mengikuti Seminar Tourism Promotion Organization for Asia Pacific Cities (TPO) secara atas talian atau webinar.

Seminar atas talian yang telah berlangsung pada 7 Julai 2020 mulai jam 9.00 pagi waktu Malaysia ini melibatkan semua negara-negara ahli TPO.

Sebelum persidangan bermula, Puan Zuraina telah mengadakan perbincangan dengan Professor Dr. Kim Soo-il Setiausaha Agung, Sekretariat TPO dan seterusnya bercakap mengenai "Inter City Cooperation To Help Recover The Tourism Sector" pada jam 12.20 tengahari.

Selain daripada itu, 7 wakil dari bandar ahli TPO iaitu Busan, Bheemdatta, Foshan, Ho Chi Minh, Kuala Kangsar, Vietnam dan Jogjakarta membentangkan kertas kerja bertajuk “Rebuilding Tourism Industry, Post Covid-19 In Busan”, “Corona Virus (COVID-19) Response”, “Updates on COVID-19 In Vietnam & Recovery Plan, Business Events and Festivals & Travelling Advice”, “Covid-19: Perak State Tourism Recovery Plan”, and “Response To Covid-19 Pandemic and Recovery Plan of Tourism Industry”.

Manakala 4 bandar ahli yang lain memberikan Kata-Kata Aluan iaitu Busan, Pariaman (Indonesia), Ulsan Metropolitan City dan Taiping.

TPO mempunyai 127 bandar ahli dari 15 negara dan beribu pejabat di Busan, Korea.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi, beliau sentiasa mengaplikasikan mesyuarat atau seminar secara atas talian ini yang merupakan norma baru dalam tempoh pandemik Covid 19. Beliau telah mengadakan Mesyuarat OSC secara atas talian yang melibatkan 13 agensi teknikal dalaman dan 9 agensi teknikal dalaman pada 5 Mei lalu.

Semoga seminar secara atas talian ini akan terus membantu MBI mencapai hasrat menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya Berkelas Dunia.

#MBIDanAnda
#TPO