MENU

24 Ogos 2019 -  Majlis Bandaraya Ipoh dan Persatuan Pesara MBI (PERMAI) telah melakar sejarah menghimpunkan lebih 500 Pesara MBI yang terdiri daripada Mantan Datuk Bandar, Ahli Majlis, Setiausaha Bandaraya, Pengarah, Pegawai dan Anggota MBI serta warga MBI dalam Majlis Silaturrahim petang tadi di Taman Rekreasi Gunung Lang.

Majlis yang dirasmikan oleh Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Datuk Bandar Ipoh ini merupakan program yang pertama yang pernah dianjurkan oleh PBT Malaysia.

Antara mantan Datuk Bandar yang hadir adalah Dato Seri Talaat Husain, Dato Rafiai Moktar merangkap Presiden PERMAI, Dato Hasan Nawawi, Dato Roshidi Hashim dan Dato Harun Rawi.

Kerjasama yang erat dan komitmen jitu MBI dan PERMAI telah memastikan program ini berjalan lancar dan mencapai matlamatnya untuk mengeratkan silaturrahim dalam suasana santai disamping mewujudkan platform  dalam membantu menjayakan hasrat MBI dalam menjadikan Ipoh sebuah Bandar Pintar.

Pengalaman dan ilmu pengetahuan para pesara tidak  boleh disia-siakan dan harus dimanfaatkan untuk pembangunan Bandaraya Ipoh.

Semoga Majlis ini menjadi pemangkin kejayaan Majlis Bandaraya Ipoh untuk terus dikenali dan diiktiraf sebagai PBT Terbaik Malaysia.