MENU

 
MBI menyediakan beberapa dasar MBI pada tahun 2021 bagi pengurusan Cukai Taksiran dalam tempoh pandemik Covid-19 seperti berikut :-
 
i) Majlis telah mengambil keputusan untuk MENANGGUHKAN SEBARANG BENTUK TINDAKAN PENGUATKUASAAN CUKAI TAKSIRAN KE ATAS PEMILIK-PEMILIK PEGANGAN YANG BERTUNGGAKAN di lapangan sepanjang tahun 2021.
 
ii) Rundingan sentiasa terbuka dengan MENAWARKAN BAYARAN SECARA ANSURAN MENGIKUT KEMAMPUAN PEMILIK PEGANGAN.
 
iii) MBI juga akan melanjutkan TARIKH AKHIR BAYARAN BIL CUKAI TAKSIRAN MBI BAGI TAHUN 2021 SEHINGGA DUA (2) BULAN lagi seperti berikut:
a) Tarikh akhir bayaran bil cukai taksiran bagi PENGGAL 1/2021 AKAN DILANJUTKAN SEHINGGA 30 APRIL 2021 dan:
b) Tarikh akhir bayaran bil cukai taksiran bagi PENGGAL 2/2021 AKAN DILANJUTKAN SEHINGGA 31 OKTOBER 2021.
 
PENYEWA gerai di Pasar Besar Ipoh akan menerima PENGECUALIAN SEWA GERAI SELAMA TIGA (3) BULAN mulai MAC hingga MEI 2021.
 
MBI juga akan menawarkan PENGURANGAN KOMPAUN LALU LINTAS SECARA AUTOMATIK melalui dua (2) kaedah saluran bayaran seperti berikut:
i) Pembayaran kompaun lalu lintas di KAUNTER BAYARAN AKAN MENERIMA PENGURANGAN SEBANYAK 30% mulai 1 MAC 2020 sehingga 30 SEPTEMBER 2021;
ii) SEHINGGA 50% BAGI PEMBAYARAN SECARA ATAS TALIAN mulai 1 Mac 2021 sehingga hujung tahun ini, bagi menggalakkan pembudayaan kehidupan norma baharu.
 
MBI berharap semua bentuk insentif baru tersebut dapat memberi nafas kelegaan kepada pelbagai lapisan masyarakat melangkaui sempadan kaum dan agama khususnya warga kota Ipoh.