MENU

5 Mei 2020- Majlis Bandaraya Ipoh menjadi Pihak Berkuasa Tempatan pertama di negeri Perak yang melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat secara atas talian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Mesyuarat atas talian ini melibatkan 13 agensi teknikal luaran, antaranya JKR, JPS, JMG, IWK, LAP dan PTG serta 9 agensi teknikal dalaman MBI seperti Jabatan Perancangan Bandar, Jabatan Kerja Awam, Jabatan Kawalan Pembangunan dan Jabatan Landskap.
Agensi luaran dan dalaman tersebut telah memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksana dan menjayakan mesyuarat ini.

Pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia amnya dan Bandaraya Ipoh khususnya telah memberi impak yang besar kepada kelembapan ekonomi.

Sehubungan dengan itu, MBI selaku Pihak Berkuasa Tempatan utama di negeri Perak harus peka dengan situasi semasa dan perlu mengorak langkah untuk mempermudahkan urusan kelulusan pelan-pelan pembangunan di bawah kawasan pentadbirannya bagi merancakkan pembangunan ekonomi dan fizikal di Ipoh serta membantu penggiat industri di sektor pembinaan.

Inisiatif ini adalah seiring dengan hasrat Kerajaan Pusat untuk menggerakkan ekonomi agar penggiat industri di sektor ini boleh bertahan (survive) pada situasi sukar dan getir pada ketika ini.

Usaha ini juga secara tidak langsung dapat mengelakkan pemberhentian pekerja yang akan meningkatkan kadar pengangguran dan memberi implikasi sosial kepada negara.

Walau bagaimanapun, aspek kualiti dan keselamatan mengikut SOP yang telah ditetapkan seperti penjarakkan sosial, mencuci tangan menggunakan hand sanitizer dan memakai mask tetap diutamakan.

Semoga inisiatif ini akan membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara amnya dan Bandaraya Ipoh khususnya dan menjadi benchmark kepada PBT lain di negeri Perak untuk turut melaksanakan inisiatif seumpama ini.

#Kitamestimenang