MENU

14 Ogos 2017- Majlis Bandaraya Ipoh telah dinobatkan sebagai PBT  Terbaik di Malaysia dengan jumlah markah 97.45 serta dianugerahkan penarafan 5 bintang Pihak Berkuasa Tempatan 2016 bagi negeri Perak.

Y.Bhg. Dato Zamri Man, Datuk Bandar Ipoh telah menerima replika cek berjumlah RM200 ribu daripada Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar dan YAB Dato Seri Zambry bin Abd. Kadir Menteri Besar Perak di Ipoh Convention Centre.

7 PBT lain di negeri Perak turut dianugerahkan penarafan 5 bintang selain MBI.

Menurut Dato Zamri Man, kejayaan ini adalah kerjasama berpasukan Datuk Bandar, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan, Pegawai dan anggota Majlis Bandaraya Ipoh.

Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada Majlis Bandaraya Ipoh untuk lebih cemerlang dan menjadi benchmark kepada PBT lain di seluruh Malaysia.

MAJLIS BANDARAYA IPOH