MENU

28 Mac 2020 - Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Ipoh bersama JPAM dan BOMBA terus komited menjalankan kerja-kerja mengalih pokok tumbang dan membuka laluan kepada pengguna jalan raya.

Antara lokasi berkenaan adalah sekitar Jalan Sultan Azlan Shah, Lebuh Harimau dan Taman Canning.

Pada malam ini, hanya kerja-kerja mengalih dan membuka laluan sahaja dijalankan manakala kerja-kerja pembersihan pula akan dijalankan pada keesokan hari.

Pengguna jalan raya yang melalui laluan tersebut adalah dipohon untuk lebih berhati-hati bagi memastikan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.