MENU

26 Julai 2020 - Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima Anugerah Khas kerana paling banyak membantu  program derma darah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 tahun 2020 di Taiping pagi tadi.

Tuan Haji Musa Dun, Pengarah Kanan - Perkhidmatan & Operasi MBI telah mewakili Datuk Bandar Ipoh menerima anugerah tersebut yang telah disampaikan oleh YB Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Menurut Tuan Haji Musa, beliau merakamkan ucapan terima kasih di atas penganugerahan tersebut dan  berharap anugerah ini akan menjadi platform untuk MBI terus bekolaborasi bersama Tabung Darah menghargai jasa dan pengorbanan penderma darah dalam menyelamatkan nyawa rakyat.

Menurut beliau lagi, MBI akan terus menjalankan tanggungjawab membantu mana-mana agensi kerajaan di Bandaraya Ipoh khususnya dan negeri Perak amnya dalam menjalankan  usaha-usaha murni seumpama ini pada masa akan datang.

Semoga lebih ramai golongan muda dan mereka yang pernah menderma darah akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai Wira dan warganegara yang berhemah.

MAJLIS BANDARAYA IPOH