MENU

12 Mei 2020 - Lion Club International telah menaja 5 botol Effervercent Chlorine Disinfectant Tablet dan 100 helai  PPE coverall dalam usaha membantu MBI menangani penularan wabak  Covid-19 di Bandaraya Ipoh.

Barangan tajaan tersebut telah diterima oleh Tuan Haji Musa Dun- Pengarah Kanan-Perkhidmatan & Operasi yang mewakili Majlis Bandaraya Ipoh daripada En. Lion Lim Kok Peng, District Governor 308 B2, Lions Club International pada petang tadi.

Menurut Musa Dun, barangan tajaan tersebut akan dapat membantu pihak MBI dalam usaha untuk membasmi penularan jangkitan kuman Covid-19 di Bandaraya Ipoh.

Beliau juga berharap agar lebih banyak pihak NGO yang akan menyumbangkan barangan atau peralatan kesihatan seumpama ini kepada pihak MBI bagi memastikan Bandaraya Ipoh sentiasa bersih dan terhindar dari wabak Covid-19 ini.

Semoga kerjasama berpasukan antara pihak MBI dan Lion Club International ini akan menjadi pemangkin untuk menjadikan Ipoh Bandaraya yang Bersih, Hijau dan Maju.