MENU

7 April 2021-100 warga media Perak meriahkan Malam Media Massa MBI 2021 di Galasa, Jalan Caldwell, Ipoh malam tadi.

Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg.Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh,  Brigedier Jeneral Mohd Azmurin Mat Khalib, Panglima 2 Briged, Dato.M.Nasir, Pengarah Urusan Luncai Emas Publishing Sdn. Bhd,  Puan Norliza binti Salleh, Pengarah Penyiaran Negeri Perak, Ahli Majlis, Setiausaha Bandaraya dan  Ketua Jabatan MBI.

Dalam ucapannya, Datuk Bandar merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama media Perak dalam menyiarkan berita yang seimbang tentang MBI.

Y.Bhg. Datuk Bandar turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Panglima 2 Briged, Pegawai PGA Briged Utara dan Pengurus Econsave Jelapang yang terlibat dalam Program MBI Prihatin.

MBI juga turut menandatangani MOU bersama Luncai Emas Publishing Sdn Bhd berkaitan Kota Seni khususnya bidang muzik.

Semoga majlis tersebut akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim MBI dengan media di negeri Perak.