MENU

Bagi meraikan kejayaan pasukan bolasepak Perak melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2018, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan memasang skrin gergasi di Dataran Stesyen Keretapi Ipoh pada Sabtu 27 Oktober 2018 mulai jam 8.00 malam.

Pihak MBI dengan ini ingin menjemput seluruh peminat bolasepak Perak untuk hadir beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita, The Bos Gaurus.

Pihak MBI juga mengambil kesempatan ini untuk menafikan mesej yang mendakwa YAB Menteri Besar akan menyediakan makanan percuma seperti yang tular di media sosial sejak semalam. MBI kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat palsu tersebut.

Justeru, MBI menyeru orang ramai untuk mendapatkan maklumat rasmi daripada pihak MBI bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan menyebarkan maklumat yang salah.

Ayuh kita gegarkan Dataran Stesyen Keretapi Ipoh. Semoga pasukan Perak akan berjaya menunaikan harapan rakyat negeri ini untuk membawa pulang piala yang paling berprestij dalam sukan bolasepak Malaysia ke Perak!

KEJOR YOB KEJOR!!