MENU

Adalah dimaklumkan bahawa orang ramai untuk TIDAK meletakkan kenderaan di dalam dan kawasan sekitar BANGUNAN LETAK KERETA BERTINGKAT di Jalan Dato' Maharajalela mulai 17 OKTOBER 2018 (RABU) sehinggalah diberitahu kelak kerana terdapat keretakan pada dinding bangunan tersebut dan kerja-kerja baik pulih sementara akan dilaksanakan bagi membolehkan kajian lanjut berkaitan kekuatan struktur bangunan tersebut akan dilaksanakan.

Sehubungan itu, pihak Majlis akan membuat bayaran balik sewaan letak kereta bertingkat (Oktober -Disember 2018) kepada penyewa yang berkenaan dengan perlu menghadirkan diri ke Unit Letak Kereta, Tingkat 1, Jalan Bandar, 30000 Ipoh (Tel : 05 208 3142/3145).

Sila bawa bersama dokumen berikut:-

1. Salinan kad pengenalan penyewa

2. Resit sewaan letak kereta bertingkat ( Oktober-Disember 2018)

3. Salinan muka hadapan akaun simpanan/ penyata akaun bank (penama MESTI sama pada resit bayaran sewaan letak kereta)

Segala kesulitan yang timbul berhubung dengan perkara ini amatlah dikesali.