MENU

21 Jun 2019 - Penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh telah menjalankan operasi pemeriksaan dan penguatkuasaan berkaitan aktiviti menjual durian di beberapa lokasi iaitu di Lebuh Perajurit, Taman Ipoh Timur dan di Jalan Simpang Pulai berhampiran gerai Limau Tambun.

Hasil pemeriksaan di Taman Lebuh Perajurit mendapati 5 peniaga durian yang berjaya di kawasan terse but memiliki lesen perniagaan buah-buahan bermusim yang sah daripada MBI, manakala 5 peniaga yang lain pula tidak memiliki lesen.

Peniaga berkenaan  telah diarahkan untuk berpindah ketempat lain yang dibenarkan  serta memohon lesen perniagaan buah-buahan bermusim manakala 1 khemah peniaga pula telah disita kerana ketiadaan peniaga pada masa pemeriksaan dijalankan oleh MBI.

Pemeriksaan juga telah dijalankan di sekitar kawasan peniagaan limau Tambun, yang mana seramai 5 peniaga durian telah diarahkan berpindah ke tempat lain yang lebih sesuai dengan serta merta bagi mengelakkan berlakunya masalah kesesakan lalulintas di jalan tersebut.

Sitaan ke atas khemah dan buah-buahan akan dilaksanakan sekiranya aktiviti tersebut masih berulang di masa hadapan di kawasan berkenaan.

Tindakan penguatkuasaan adalah tindakan terakhir diambil oleh MBI kedah nasihat tidak diendahkan.

Semoga Ipoh terus menjadi Bamdaraya  yang Bersih, Hijau Dan Maju.