MENU

Penguatkuasa MBI telah mengadakan lawatan pertama pada 18 Jun 2019 serta memberi amaran pertama manakala lawatan kedua pula pada 20 Jun 2019 dan memberi amaran kedua kepada peniaga buah durian di Jalan Gopeng, Simpang Pulai berhampiran Gerai Limau Tambun.

Sebanyak 2 kali nasihat telah diberikan agar tidak berniaga disitu disamping dinasihatkan agar berniaga di tempat lain yang lebih sesuai serta memohon lesen buah-buahan bermusim di Majlis Bandaraya Ipoh.

Pada 26 Jun 2019 pula, seramai 50 anggota penguatkuasa MBI telah menjalankan operasi menyita peniaga durian tanpa lesen yang masih berniaga disitu.

5 peniaga telah diambil tindakan sitaan setelah engkar arahan yang dikeluarkan dan masih berniaga ditempatkan tersebut yang terdiri daripada 4 peniaga Melayu, 1 peniaga Cina serta 1 peniaga air minuman.

2 peniaga telah membuat tuntutan ke atas barangan yang telah disita. MBI telah mengurangkan kadar denda sitaan kepada 2 peniaga yang telah membuat tuntutan ke atas barangan yang disita daripada RM450 kepada RM200.

Tindakan penguatkuasaan ini diambil kerana terdapat banyak rungutan berkaitan kesesakan lalulintas disebabkan oleh kenderaan yang berhenti untuk membeli buah-buahan tersebut.

Perbuatan ini juga boleh mengundang bahaya kepada nyawa pengguna lalulintas yang lain yang mengguna jalan tersebut.

Semoga operasi penguatkuasaan akan membantu melancarkan lalulintas di kawasan tersebut serta mengelakkan sebarang kemalangan.

MAJLIS BANDARAYA IPOH