MENU

8 Oktober 2019 - Datuk Bandar telah melancarkan Manual Urusan Mendapatkan Permit Pembinaan (DCP) bagi meningkatkan kualiti serta kecekapan dalam urusan kelulusan permit pembinaan di Hotel Weil petang tadi.

Manual tersebut akan membantu memudah dan mempercepatkan proses kelulusan permit pembinaan bagi projek-projek berskala kecil bukan kediaman di kawasan MBI.

DCP yang merupakan inisiatif daripada Pelan Transformasi Urusan Permit Pembinaan (CITP) 2016 hingga 2019 itu akan memberi manfaat kepada satu sistem yang lebih efisien dan berkesan.