MENU

Asalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Amanjaya

Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan, bahawa selaras dengan usaha MBI untuk menjadikan Ipoh sebagai sebuah Bandaraya Rendah Karbon, satu program Hari Tanpa Kereta Ipoh siri 5/2017 akan diteruskan pada tarikh, masa dan lokasi seperti berikut:-

Tarikh      -    21 hb Mei 2017 (Ahad)
Masa        -    7.00 pg – 10.00 pg (Waktu Aktiviti Berlangsung)
6.30 pg    – 10.30 pg (Waktu Penutupan Jalan)
Tempat    -    Di Jalan Raja DiHilir, Ipoh
Antara Bulatan Sultan Yussof (Berhampiran Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar) dengan Bulatan Raja Musa Aziz (Berhampiran Sekolah Raja Taayah)

Tema utama yang dipilih pada bulan ini adalah bersempena sambutan seperti berikut:-

  1. Sambutan Hari Ibu pada 15hb Mei 2017
  2. Sambutan Hari Guru pada 16hb Mei 2017
  3. Sambutan Ulangtahun Hari Bandaraya Ke-29 yang jatuh pada 27hb Mei 2017

Bersempena dengan pemilihan tema Sambutan Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Ulangtahun Bandaraya, maka beberapa program khas telah dirancang untuk diraikan bersama dengan seluruh wargakota. Antara program yang disediakan untuk disertai oleh pengunjung adalah seperti berikut:-

i.    Family Fun Walk untuk meraikan ibu-ibu dan guru-guru yang hadir pada Ipoh Car Free Day pada kali ini pada jam 7.30 pagi

ii.    Perhimpunan Speda Klasik oleh Kelab Speda Klasik Kinta yang juga memberi peluang kepada peminat fotografi untuk mengambil gambar talent daripada Kelab Speda yang berpakaian atau busana khas pada jam 7.00 pagi hingga jam 9.00 pagi

iii.    Senamrobik bersama Nana anjuran Puspanita dari jam 8.00 pagi hingga 9 pagi

iv.    Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak anjuran Pusat Perubatan Ar-Ridzuan dengan kerjasama Perpustakaan Negeri Perak dilaluan Car Free Day di khemah Perpustakaan Negeri Perak

v.    Pertandingan “Biggest Loser” anjuran Kelab Sukan Dewan Bandaraya Ipoh berhampiran Sekolah Raja Perempuan Taayah.

Peserta-peserta yang terlibat dengan program Ipoh Car Free Day pada bulan Mei ini adalah seperti berikut:-

1)    URUSETIA
-    Bersama DJ Isa @ Ipoh Car Free Day
-    Karaoke CFD – persembahkan bakat anda untuk menghibur pengunjung-pengunjung Ipoh Car Free Day
-    Sila dapatkan kupon pemeriksaan kesihatan 35 ujian saringan kepada 50 peserta yang bertuah.

2)    MINUMAN
-    Nestle – minuman percuma
-    Mc Donald – minuman percuma
-    100 Plus – minuman percuma
-    Power Root  - minuman percuma
-    Vida Beauty – minuman Kesihatan Percuma

3)    PEMERIKSAAN KESIHATAN
-    Hospital Pakar KPJ Ipoh – pemeriksaan kesihatan percuma
-    ABS optometri – pemeriksaan mata
-    Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) – Ujian Stress
-    Rashwealth – promosi produk kesihatan
-    Herbalife – kempen Jom Kurus

4)    PENJAGAAN KECANTIKKAN
-    Euphoria Academy – salon kecantikkan
-    DMS360 / dermaxsuperskin360 – produk kecantikkan teknoloji Korea

5)    KECERGASAN DAN REKREASI
-    Kelab Sukan Dewan Bandaraya Ipoh – pertandingan Biggest Loser
-    Jabatan Perancang Bandar MBI – Petting Zoo
-    MICA – sewaan basikal dan promosi beca letrik
-    Hot Wheel Ipoh – kenderaan permainan dan skuter letrik
-    Kick Boxing / Seni Mempertahankan Diri – mengajar teknik dan demostrasi
-    Fastrack – promosi penggunaan barangan uniwheel, papan selaju dan hoverboard
-    ASFON – Latihan teknik mengambil gambar
-    Ipoh Badut – Persembahan badut bermain belon dan maskot Mickey untuk menghiburkan kanak-kanak.

6)    PENJAGAAN ALAM SEKITAR
-    Jabatan Kesihatan Persekitaran MBI – Kempen tidak menggunakan plastik dan polisterin
-    Jabatan Bangunan MBI – Kempen kesedaran permit bangunan dan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)
-    Eco Enzyme – Kempen kesedaran perkomposan sisa
-    SW CORP – Kempen kesedaran pengasingan sisa pepejal
-    KoHijau – Kempen kesedaran kitar semula dan pengasingan sampah

7)    PERKHIDMATAN SOSIAL
-    Jabatan Bomba dan Penyelamat – Pameran kereta Bomba dan perkhidmatan kecemasan
-    Perpustakaan Awam Negeri Perak – permainan tradisional dan pertandingan mewarna
-    Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak – latihan tarian tradisional
-    Sekolah Raja Perempuan Taayah – penglibatan pelajar dan latihan teknik fotografi
-    Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) – Soal jawab ugama, semak bacaan Al-Quran, latihan memanah, aktiviti yang berkaitan dengan tema
-    ISPCA – kempen memelihara kucing terbiar
-    Daybreak – penjualan dan pameran kraftangan OKU
-    Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) – penyertaan kesukarelawan
-    Bridge Club – Kenali Fukuoka dan belajar bahasa Jepun
-    Perkhidmatan Uber – promosi penggunaan perkhidmatan Uber.

Oleh yang demikian, MBI berharap kempen kesedaran ini akan sedikit sebanyak membantu meningkatkan kualiti persekitaran kita agar lebih mesra alam dan mampan dengan meminimakan pelepasan CO2.

Majlis menjemput semua wargakota dan kakitangan MBI agar meluangkan masa pada hari minggu ini untuk mengunjungi tapak Program Hari Tanpa Kereta Ipoh dan seterusnya sama-sama menyertai pelbagai acara yang telah disediakan.

NOTA:
Hadiah Cabutan Bertuah yang menarik disediakan kepada pengunjung yang menyertai acara Family Fun Walk / Kayuhan Speda Klasik / Biggest Loser dan Senamrobik. Cabutan bertuah akan berlangsung pada jam 9 pagi di pentas senamrobik

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi;
Urusetia Hari Tanpa Kereta Ipoh;
D/A Jabatan Perancangan Bandar,
Majlis Bandaraya Ipoh,
Tingkat 6, Jalan Sultan Abdul Jalil,
30450 Ipoh
No. Tel: 012-6537001 (En. Zulkifli Osman)

MAJLIS BANDARAYA IPOH