MENU
 
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan memperkenalkan satu rancangan pengenalan kepada Radio TV Bandaraya Ipoh (RTBI). Dikenali sebagai “Morning Ipoh” rancangan berbentuk talk show itu akan disiarkan menerusi media baharu iaitu Facebook dan saluran Youtube MBI.
 
Program yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi dan berdurasi selama satu jam itu akan dikendalikan oleh moderator terkenal iaitu K.T. Pillai. Rancangan tersebut bakal mengupas isu –isu berkaitan pelancongan di Ipoh, Perak seperti ekopelancongan, agropelancongan, inap desa, pelancongan perubatan, pelancongan pendidikan, sukan dan sebagainya. “Morning Ipoh” akan disiarkan pada setiap hari Khamis bermula jam 9 hingga 10 pagi.