MENU

6 Oktober 2019 - Syabas & tahniah Kontinjen Majlis Bandaraya di atas kejayaan menjadi Johan Keseluruhan Edisi ke-7 Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan (SKT) Perak 2019 yang berlangsung dari 27 September hingga 6 Oktober 2019.

MBI telah memperolehi 24 mata dengan pungutan 12 pingat emas, 8 Perak dan 4 gangsa.

Sejumlah 15 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak telah bertanding dalam Kejohanan Sukan tersebut yang menawarkan 26 pingat emas dalam 13 acara Sukan.

Semoga MBI akan memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang di Kejohanan SKT Perak 2021 di Taiping nanti.

Rangkuman Kejohanan di FB Rasmi SKT Ipoh 2019:
https://www.facebook.com/SukanKerajaanTempatanIpoh2019