MENU

 

Dimaklumkan bahawa Pasar Besar Ipoh akan ditutup selama 2 hari dari 18-19 Mei 2020 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan sempena Gotong Royong Mega.

Gotong-royong mega ini dilaksanakan oleh MBI dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Awam Kinta (Unit Penyakit Berjangkit) Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memerangi  wabak denggi dan chikungunya di kawasan persekitaran Pasar Besar Ipoh.

Pasar ini akan dibuka semula seperti biasa pada 20 Mei 2020.

MBI berharap gotong-royong mega tersebut akan memberi lebih keyakinan kepada wargakota Ipoh tentang tahap kebersihan Pasar Besar Ipoh disamping bersama-sama menjaga kebersihan demi memastikan keselamatan para pengunjung pasar ini di tahap yang terbaik.