MENU

Dimaklumkan bahawa Pasar Kampung Simee akan ditutup selama 1 hari pada 21 Mei 2020 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan sempena Gotong Royong.

Gotong-royong ini dilaksanakan oleh MBI dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Awam Kinta (Unit Penyakit Berjangkit) Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memerangi  wabak denggi dan chikungunya di kawasan persekitaran Pasar Kampung Simee.

Pasar ini akan dibuka semula seperti biasa pada 22 Mei 2020.

MBI berharap gotong-royong seperti ini akan memberi lebih keyakinan kepada wargakota Ipoh tentang tahap kebersihan Pasar Kampung Simee disamping bersama-sama menjaga kebersihan demi memastikan keselamatan para pengunjung pasar ini di tahap yang terbaik.