MENU

3 Oktober 2019 - YB Tuan Hasnul Zulkarnain bin Abdul Munaim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia & NGO telah merasmikan Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Negeri Perak 2019 di Stadium Perak yang dianjurkan secara gilang-gemilang biarpun dalam keadaan hujan .

Kejohanan selama 10 hari ini telah bermula sejak 27 September 2019 hingga 6 Oktober 2019.

MBI selaku tuan rumah kejohanan telah berjaya menarik penyertaan lebih 2,500 atlit dari 15 Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Perak.