MENU

YB Tan Kar Hing, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan Negeri Perak telah merasmikan program Bandar Selamat & International Design Festival 2019 anjuran PUO dan MBI di Padang Ipoh.

Hadir sama Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria dan Pengarah PUO, Dr. Zairon Mustapha.

Pada majlis tersebut, YB Tan Kar Hing turut merasmikan lukisan mural oleh pelajar PUO di kawasan Lorong Hale serta peletakan tujuh arca bertemakan ‘Ipoh: The Town That Tin Built’ selain melepaskan peserta Jejak Warisan ‘Techno Trail’.

Salah satu daripada komponen Program Bandar Selamat Pekan Lama ini adalah cadangan membina dan menaik taraf pejalan kaki dan pencahayaan di Lorong Hale, Ipoh.

Projek membina lorong belakang sepanjang 320 meter di Jalan Hale ini melibatkan kos sebanyak RM320,000 dengan komponen seperti membina laluan pejalan kaki sepanjang 320m,
memasang lampu solar untuk pencahayaan, membina 1 unit bonggol plateau, pemasangan struktur bollard Dan pemasangan papantanda keselamatan.

Projek tersebut diharap dapat mengurangkan kadar jenayah sekali gus membolehkan penduduk bandar raya ini hidup dalam keadaan selesa dan selamat.

Sekiranya keadaan lorong pejalan kaki sedia ada tidak diselenggara dengan baik, maka ia boleh menyebabkannya terbiar sekali gus mendatangkan persepsi takut kepada pengguna andai menjadi mangsa kepada perbuatan jenayah.

Semoga Bandaraya Ipoh terus kekal sebagai bandaraya yang selamat khususnya kepada para pelancong yang menjadikannya sebagai destinasi pelancongan yang selamat di dunia.