MENU

20 Oktober 2019 - 7,000 pengunjung dari pelbagai kaum di Bandaraya Ipoh dan kawasan sekitarnya telah menyertai ‘Ipoh Car Free Day’ yang berlangsung di Jalan Raja DiHilir.

Program yang bermula sejak jam 7.00 hingga 10.00 pagi ini merupakan kali ke 45 telah diadakan sejak Oktober 2015.

Tema Car Free Day bulan Oktober ini adalah Sambutan Hari Tindakan Iklim Antarabangsa (International Day of Climate Action). Selain daripada untuk mencapai objektif kearah sebuah Bandar Rendah Karbon, penganjuran program “Car Free Day” ini juga bertujuan untuk meningkatkan Indeks Kebahagian dikalangan wargakota dengan memupuk kesedaran alam sekitar, kesihatan, keselamatan, sejarah dan warisan Ipoh.

Program ini telah menarik minat para pengunjung untuk bersama-sama menyertai acara yang telah disediakan oleh pelbagai pihak termasuklah PUSPANITA, BOMBA, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, KPJ, MICA, Persatuan Daybreak, Ipoh City Watch, Perbadanan Perpustakaan Awam, Perpustakaan Tun Razak dan lain-lain agensi serta NGO yang terlibat.

YAB Menteri Besar Perak juga telah hadir dan menyempurnakan pelepasan Ipoh Fun Run @ Ipoh Car Free Day yang menarik minat lebih 1000 peserta. Penyanyi tersohor Hael Husaini juga telah dijemput untuk menghiburkan para peserta. Ia turut dihadiri oleh Datuk Bandar Ipoh, Setiausaha Bandaraya MBI, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Hospital Ipoh. Selain daripada itu, turut diadakan senaman untuk warga emas sempena Hari Warga Emas HRPB 2019 dan The Superheroes Walk oleh Adventure 360.

Antara acara lain yang disediakan adalah senamrobik oleh Puspanita, Kayuhan Basikal Imbang, acara memanah oleh ISMA, Kempen Kesedaran Kebersihan, Kohijau, Jom Kurus oleh Herbalife, Perbadanan Perpustakaan Awam Perak, Perpustakaan Tun Razak dan Permainan Giant Balloon, penyewaan basikal tandem, promosi “Bike Sharing System oleh Cycledios, Cycle Kids dan Petting Zoo.

Beberapa pihak seperti McDonald, 100 Plus, Nestle/Milo dan Power Root/Ali Cafe turut memberi minuman kepada para pengunjung yang hadir ke program tersebut.