MENU

Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBI 2019 telah diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan. Dengan tema pada tahun ini, ‘Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih’ sebanyak 1,050 bendera serta 2,330 banting telah dipasang oleh MBI di seluruh Bandaraya Ipoh. Pemilik kedai, premis perniagaan dan restoran turut diseru untuk memasang dan mengibarkan bendera di premis masing-masing sebagai tanda cintakan negara.