MENU

Datuk Bandar Ipoh telah melancarkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI dan Maybank Sabtu, 24 Ogos 2019.

Program ini turut dihadiri oleh Mr. Ng. Hua Chooi, Ketua Perbankan Pengguna Maybank (Wilayah) Perak serta 500 warga Maybank Perak dan MBI.

Apa yang menarik pada program pagi ini adalah jualan dari trak makanan yang perlu dibuat secara online melalui QR PAY Maybank.

Antara program lain yang turut diadakan adalah Larian Warisan Ipoh yang disertai oleh warga Maybank dalam usaha mendekatkan para peserta dengan sejarah, budaya dan warisan Ipoh.