MENU

Pembaharuan lesen pasar dan penjaja Majlis Bandaraya Ipoh tahun 2021 perlu diuruskan sendiri oleh pemegang lesen berkenaan.

Ini berikutan semakan yang telah dibuat oleh pihak Majlis mendapati bahawa ada di antara pemegang lesen yang telah meninggal dunia,  berpindah ke negeri lain/mencari perniagaan lain dan tidak aktif menjalankan perniagaan.

Urusan pembaharuan lesen melalui pihak ketiga kini tidak dibenarkan lagi.

Para pelesen perlu membawa kad pengenalan dan salinan lesen terdahulu ketika urusan pembaharuan lesen masing masing.

Semoga proses pembaharuan lesen secara terus oleh pemegang lesen ini akan memudahkan  pihak Majlis mengemaskini rekod/data peniaga supaya lebih tepat untuk keperluan masa hadapan.