MENU

Draf Rancangan Tempatan Ipoh (Pengubahan 6) 2020 adalah untuk menyelaraskan kelulusan pembangunan oleh Pihak Berkuasa Negeri selaras dengan peruntukan Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Orang awam adalah dialu-alukan untuk memeriksa rancangan tempatan pengubahan berkenaan di Jabatan Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh yang diadakan pada 28 Julai 2016 hingga 24 Ogos 2016 . Cadangan atau bantahan boleh dibuat melalui surat, memorandum atau Borang Bantahan Awam yang disediakan.

Semua surat, memorandum atau borang boleh dihantar ke alamat berikut. Cadangan atau bantahan hendaklah menyatakan perkara-perkara yang berkaitan dengannya dan alasan-alasan atas mana bantahan itu dibuat sebelum atau pada 24 Ogos 2016 kepada :

Datuk Bandar,

Majlis Bandaraya Ipoh,

Jalan Sultan Abdul Jalil

No. tel : 05-2083333

Faks: 05-2083588

DRAF RANCANGAN TEMPATAN IPOH (PENGUBAHAN 6 )2020

Sebarang cadangan/ bantahan/ rayuan awam mengenai bagi   DRAF RANCANGAN TEMPATAN IPOH(PENGUBAHAN 6)  2020 boleh dikemukakan ke pihak MBI melalui borang yang disediakan.