MENU

Sambutan Rumah Terbuka MBI meriah dengan kehadiran lebih 2000 jemputan di Stadium Indera Mulia yang telah diadakan pada 20 Jun 2019.

Ia turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB Menteri Besar Perak dan Isteri.

Para tetamu turut didendangkan dengan persembahan tarian dan nyanyian artis budaya dan Kombo MBI serta artis undangan, Ady Real Band.

Majlis yang bermula sejak jam 2.00 petang menyediakan pelbagai juadah makanan seperti kambing golek, lemang, nasi lemak, laksa di khemah dari pelbagai jabatan MBI.

YAB Menteri Besar dan isteri turut beramah mesra dengan warga emas dari Rumah Seri Kenangan Tanjung Rambutan, menyampaikan duit Raya kepada kanak-kanak yang hadir serta melawat khemah juadah di luar Stadium Indera Mulia.