MENU

Y.Bhg Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Datuk Bandar Ipoh ke-11 telah melapor diri di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh pada hari ini.

Selepas itu, beliau telah menghadiri Majlis Angkat Sumpah dan menerima watikah perlantikan sebagai Datuk Bandar Ipoh ke-11 dari YAB Menteri Besar Perak.

Beliau juga telah mengadakan kunjungan hormat menemui YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 8 Julai, 2019.