MENU
15 Oktober 2020 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh mempengerusikan Sidang Akhbar Program Turapan Semula Jalan dan Kerja Berkaitan di dalam kawasan Bandaraya Ipoh di bawah peruntukan MARRIS 2020 di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI pagi tadi.
 
Ia turut dihadiri oleh Clr. Encik Mazlan bin Abdul Rahman, AhliMajlis MBI, Clr. Tuan Syed Mohd Noor Hisham bin Syed Hassan, Ahli Majlis MBI, Tuan Haji Khairul Anuar bin Lodin, Pengarah Kanan-Teknikal dan Encik Azman bin Harun, Pengarah Kejuruteraan Bandaraya MBI.
 
Untuk makluman, Majlis Bandaraya Ipoh akan melaksanakan kerja-kerja penurapan jalan di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh untuk tahun 2020. Penurapan jalan akan bermula pada hari ini iaitu 15 Oktober 2020 dan dijangka siap pada 23 November 2020. Kerja-kerja penurapan yang dijalankan melibatkan sebanyak 24 lokasi dengan jumlah panjang jalan keseluruhan sebanyak 25.258 kilometer.
 
Pelaksanaan kerja telah diberi tanggungjawab kepada pihak konsesi iaitu syarikat Puncak Emas Infa Sdn. Bhd. melalui peruntukan MARRIS. Pelaksanaan kerja-kerja akan menyebabkan gangguan lalulintas dan pihak Majlis memohon semua warga Ipoh dan pengguna lalulintas memberikan kerjasama dan mematuhi arahan-arahan lalulintas semasa kerja-kerja penurapan dijalankan.