MENU

Bermula 1 Januari 2020, penggunaan kaedah IBS adalah diwajibkan bagi projek pembinaan bangunan yang dilaksanakan oleh sector swasta yang mempunyai jumlah keseluruhan Keluasan Lantai Kasar (GFA) bangunan 50,000 meter persegi dan ke atas.

Pemohon perlu mengemukakan pengiraan skor IBS yang disahkan oleh “Orang Yang Berkelayakan” mengikut tatacara Construction Industry Standard [CIS 18-Manual For IBS Content Scoring System (IBS Score)] sebagai syarat wajib dalam permohonan Pelan Bangunan.

Pengiraan Skor IBS minimum adalah sebanyak 50 Skor IBS.

CIDB akan melaksanakan penguatkuasaan terhadap pematuhan pelaksanaan kaedah IBS merujuk kepada Subseksyen 4(1)(m), Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (AKTA 520).