MENU

Bermula pada 1 Ogos 2019, Unit Pusat Setempat Majlis Bandaraya Ipoh akan menggunapakai sistem atas talian bagi permohonan pelan pemajuan. Sistem yang dikenali sebagai Sistem OSC 3 Plus Online ini telah dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan khususnya yang berkaitan kelulusan permit pembinaan. Sistem ini menggantikan Sistem OSC Online yang telah digunakan semenjak tahun 2012.

Orang Utama Yang Mengemukakan (PSP) dan Orang Yang Mengemukakan (SP) permohonan pelan pemajuan boleh mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan dan Perparitan, Pelan Bangunan, Pelan Lanskap dan sebagainya melalui Sistem OSC 3 Plus Online. Sistem ini boleh diakses melalui pautan laman web https://osc3plus.kpkt.gov.my.