MENU
20 November 2020 - Puan Hajjah Zuraina binti Kamarul Ariff, Setiausaha Bandaraya merasmikan arca buluh di Dataran Bandaraya pagi tadi.
 
Arca ini dibangunkan dengan kepakaran dalaman MBI di antara anggota Jabatan Landskap dan Taman serta Jabatan Kawalan Pembangunan. Kerja pembinaan tersebut telah bermula dari bulan Mac 2020 dan terhenti seketika apabila Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.
 
Pembinaan berkenaan merupakan satu inovasi Jabatan Landskap bagi meneroka pembinaan teknologi mampan dan mesra alam. Penggunaan buluh yang merupakan satu bahan binaan mampan dan mesra alam ini telah menjalani proses rawatan sebelum ia digunakan untuk kerja-kerja pembinaan arca tersebut.
 
Anggota yang terlibat dalam kerja pembinaan ini telah mengikuti kursus pembinaan teknologi buluh dan setakat ini telah menyiapkan beberapa struktur buluh untuk pelbagai kegunaanMBI akan melaksanakan lebih banyak pembinaan struktur sedemikian selaraskan dengan usaha menjadikan Ipoh Bandaraya Rendah Karbon menjelang 2030.
 
Pengunjung ke Dataran Bandaraya boleh melihat arca yang didirikan ini berhampiran menara jam di dataran berkenaan.
 
MAJLIS BANDARAYA IPOH