MENU
Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB) telah dipilih sebagai salah satu pusat untuk menjalankan kajian klinikal fasa ketiga vaksin COVID-19 di bawah seliaan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR).
 
Kajian ini adalah kolaborasi diantara pihak Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kajian ini akan melibatkan 3,000 sukarelawan sihat seluruh Malaysia bagi menilai keselamatan serta keberkesanan vaksin COVID-19. Sebanyak 200 peserta akan direkrut oleh CRC HRPB. Kajian ini dijangka akan bermula pada bulan Januari – Mac 2021.