MENU

UTC PERAK telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan UTC Malaysia 2017 sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan UTC Malaysia di Casa Lagenda Convention Center, Negeri Sembilan pada 28 Julai 2018 yang lalu.

Anugerah anjuran Kementerian Kewangan Malaysia ini  dijalankan 2 tahun sekali bagi.mengiktiiraf,  menghargai serta mewujudkan persaingan yang sihat di antara 22 UTC di Malaysia.

Puan Hajjah Saidatul Akma binti Jamaluddin, Pengarah Kanan-Pentadbiran & Kewangan telah mewakili UTC Perak untuk menerima hadiah wang tunai RM5000 bagi kategori Agensi Pelanggan Tertinggi (MBI), wang tunai RM5000 bagi kategori Agensi Kutipan Hasil Tertinggi (TNB) dan wang tunai RM5000 bagi kategori UTC Pelanggan Tertinggi (UTC Perak) daripada Datuk Seri Dr. Ismail Bakar, Ketua Setiaushaa Perbendahataan. Ia turut dihadiri oleh Encik Romzi bin Zamri, Pengurus Besar UTC dan pegawai UTC Perak.

Pada tahun 2017, UTC Perak telah dikunjungi oleh 2,099,930 pelanggan dan memperolehi hasil sejumlah RM597,430,867.47. Untuk makluman, pada tahun 2015, UTC Perak telah berjaya mendapat Anugerah UTC Prospek.

Menurut Dato Zamri Man, Datuk Bandar Ipoh kerjasama berpasukan pelbagai agensi dan komitmen tinggi pengurusan UTC Perak adalah faktor utama yang memastikan UTC Perak sentiasa dikenali dengan pencapaian yang cemerlang.

Beliau yakin, UTC Perak akan sentiasa menjadi model terbaik UTC di Malaysia.