MENU

6 April 2021-MBI merupakan PBT Tunggal di negeri Perak yang telah menyahut cabaran untuk menyertai ‘Low Carbon Cities 2030 Challenge’ (LCC2030C).

Hasilnya, MBI telah menerima  'Diamond Recognition Low Carbon Zone' (Kawasan Perancangan Pusat) petang tadi.

Y.Bhg. Dato'  Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menerima anugerah tersebut daripada YB Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar & Air.

Kawasan yang dicalonkan dan diaudit adalah Kawasan Perancangan Pusat (KPP) terletak dalam Blok Perancangan 1 (BP1). 
 
Untuk makluman, populasi penduduk pada tahun 2016 adalah seramai 30,230 orang manakala pada tahun 2019 seramai 32,120.  Dengan pertambahan populasi penduduk, pelepasan karbon dalam elemen ‘Energy’, ‘Water’ dan ‘Waste’ masih dapat dikurangkan dan data perbandingan adalah berdasarkan laporan yang diaudit dari tahun 2016 sehingga 2019.
 
Semoga anugerah ini akan menjadi pemangkin kepada MBI untuk menjadikan Ipoh Bandaraya Pintar dan Rendah Karbon.