MENU
19 November 2020 - Sebanyak 8 calon premis tandas awam terbaik (5 Bintang) di sekitar Bandaraya Ipoh telah dicalonkan untuk dipertandingkan dalam 6 kategori Anugerah Tandas Bersih (ABT1M) yang dianjurkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2019.
Daripada 6 kategori yang dipertandingkan, 2 calon premis tandas awam terbaik (5 Bintang) di sekitar Bandaraya Ipoh telah memenangi tempat ketiga dalam 2 kategori iaitu:
 
    a) TEMPAT KETIGA
        Kategori Sekolah Kebangsaan
        Sekolah Kebangsaan Meru Raya,
       30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
    b) TEMPAT KETIGA
        Kategori Sekolah Menengah
       SMK Raja Perempuan,
        Jalan Batu Bungkal,
       30250 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
 
Kejayaan ini adalah kesinambungan usaha berterusan Majlis Bandaraya Ipoh untuk memastikan tahap kebersihan tandas awam di dalam kawasan pentadbiran MBI sentiasa berada pada tahap yang bersih, selesa dan selamat kepada wargakota Ipoh dan pelancong.
 
Kesedaran dan tanggungjawab menjaga kebersihan tandas awam perlu dipupuk dari usia awal iaitu di peringkat sekolah supaya ia menjadi satu budaya setelah mereka dewasa.Tanggungjawab menjaga kebersihan perlu dipikul oleh semua pihak kerana ia mencerminkan sikap dan perilaku masyarakat serta melambangkan identiti sesebuah negara.
 
Semoga kejayaan tersebut akan menjadi titik tolak kepada kesemua sekolah dalam kawasan pentadbiran MBI untuk terus mempertingkatkan tahap kebersihan tandas masing-masing.